Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan tiga orang kanak-kanak lelaki sedang bermain basikal lajak di sebuah jalan raya.
Menerusi video dikongsi, kelihatan ketiga-tiga mereka yang sedang menunggang basikal dengan laju semasa menuruni kawasan berbukit.
Lebih membimbangkan apabila banyak kenderaan sedang melalui kawasan terbabit semasa mereka bermain di sana.
Basikal Lajak Hampir Rempuh Proton X50
Bukan itu sahaja, mereka juga nyaris bertembung dengan sebuah kereta Proton X50 berwarna putih yang sedang keluar dari simpang.
Meskipun tiada kemalangan jiwa dilihat berlaku, namun jenis basikal yang tiada brek itu sememangnya boleh mengundang bahaya.
“Ni jika terperosok bawah kereta tu nak salah siapa pula nanti,” kata pemilik video.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Tular Nyaris Bertembung Dengan Kereta, 2 Remaja Naik Basikal Lajak Dakwa Tak Sedar Lampu Isyarat Merah
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-Kanak Lepas Kantoi Kena ‘Tangkap’ Polis Kerana Main Basikal Lajak Undang Pelbagai Reaksi
Ibu Bapa Boleh Dipenjara Jika Biarkan Anak Main Basikal Lajak Hingga Undang Bahaya
Untuk info, ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak jagaan mereka berusia 18 tahun ke bawah terlibat dalam aktiviti basikal lajak sehingga mengundang bahaya adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika didapati bersalah, individu boleh didenda antara RM1,000 sehingga RM5,000 atau dipenjara tidak lebih setahun.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memetik Majlis Keselamatan Jalan Raya, ibu bapa yang mengabaikan keselamatan anak dengan membiarkan mereka bermain basikal lajak juga boleh didenda RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun.
Ini Sebab Kenapa Basikal Lajak Berbahaya
Menurut hantaran Facebook Polis Diraja Malaysia, berikut antara risiko basikal lajak:
- Sakit tulang belakang akibat kerusi yang tinggi
- Risiko kemalangan kerana tiada brek
- Tiada loceng untuk menarik perhatian orang sekeliling jika berlaku kecemasan
- Tidak memakai helmet tingkatkan risiko berlaku kecederaan di kepala
Malah ramai juga golongan kanak-kanak yang suka bermain basikal lajak ini di jalan raya kerana mahu menunggangnya dengan laju.
Baca Artikel Berkaitan: Anda Boleh Ambil Gambar atau Video Aktiviti Basikal Lajak Untuk Makluman Pihak Polis
Netizen Gesa Ibu Bapa Pantau Anak, Jangan Main Basikal Lajak Di Jalan Raya
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai menggesa ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak dan melarang mereka daripada bermain basikal lajak di jalan raya.
“Mak ayah kena pantau anak-anak yang ada basikal lajak ni. Jangan menyesal kemudian hari,” kata seorang lelaki.
“Kes macam ni patut mak bapak yang kena bertanggungjawab. Kita ada Akta Kanak-Kanak 2001 di bawah kes pengabaian. Mak bapak yang gagal memantau dan mendedahkan anak bawah umur kepada bahaya memang patut didakwa,” ujar seorang wanita.
Ramai Bimbang Jika Tragedi Basikal Lajak Melibatkan Sam Ke Ting Berulang Lagi
Ramai juga risau sekiranya tragedi basikal lajak pada 2017 berlaku lagi.
Dalam kejadian yang berlaku hampir 10 tahun lalu itu, sekumpulan remaja dirempuh oleh sebuah kereta ketika sedang bermain basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru dan lapan daripada mereka telah terkorban akibat insiden tersebut.
Kes tersebut melalui banyak proses perbicaraan sebelum Mahkamah Rayuan pada 2023 akhirnya melepaskan dan membebaskan pemandu kenderaan tersebut, Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya.
Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Basikal Lajak: Mahkamah Rayuan Lepas, Bebaskan Sam Ke Ting
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Wanita Langgar Mati 8 Remaja Main Basikal Lajak Dihukum Penjara 6 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Sam Ke Ting Akhirnya Dibebaskan, Ini Kronologi Tragedi Basikal Lajak Pada Tahun 2017
“Nanti jadi macam kes Sam Ke Ting tu. Bazir masa orang, zaman belia dan duit,” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-1024x964.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-2-1024x431.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-3-928x1024.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-4-1024x1016.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-5-854x1024.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-6-1009x1024.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-7-1024x332.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-8-1024x340.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-9-1024x263.jpg)
![Image from: Tular Video 3 Kanak-kanak Main Basikal Lajak Di Jalan Raya, Ramai Gesa Ibu Bapa Pantau [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kanak-kanak-main-basikal-lajak-di-jalan-raya-10-1024x289.jpg)




![Hidangan Bufet Makanan Dalam Sungai Di Taman Negara Pahang Curi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bufet-dalam-sungai-Taman-Negara-Pahang.jpg?t=1782979701)
![Tular Lelaki Didakwa Selamba Kencing Ketika Turun Escalator Di MRT Titiwangsa [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/lelaki-kencing-dekat-escalator-1.jpg?t=1782875061)
