Tular Video Berkasar Ketika Beri Kanak-kanak Makan Di Tadika, 2 Individu Ditahan Pihak Polis

LocalFamily & Parenting
27 Jan 2026 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Sejak semalam, tular satu video di laman Threads memaparkan seorang kanak-kanak telah dikasari oleh seorang individu yang didakwa berlaku di sebuah tadika dekat Saujana Utama, Sungai Buloh.

Dalam video berkenaan, kelihatan kanak-kanak perempuan itu menangis dan menolak untuk makan apabila disuap oleh seorang wanita yang didakwa petugas di tadika tersebut.

Akibat penolakan itu, kanak-kanak terbabit dilihat dikasari oleh wanita tersebut yang cuba memasukkan makanan ke dalam mulutnya, sebelum ada individu lain membawa kanak-kanak berkenaan ke tepi.

Pihak polis terima 5 laporan dakwaan kanak-kanak dipukul 

Susulan itu, pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima lima laporan berhubung kejadian empat kanak-kanak didakwa dipukul di sebuah tadika di Saujana Utama, pada 25 Januari lalu.

Polis juga telah menahan dua wanita dipercayai penjaga di premis berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku Julai hingga Ogos lalu membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun, dengan satu rakaman video sebagai bukti turut ditemui.

Dua wanita yang ditahan kini direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seorang lagi individu akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, video berkenaan juga telah mendapat perhatian netizen dan pelakon terkenal, Mira Filzah yang sedih melihat kejadian menimpa kanak-kanak malang berkenaan.

Rata-rata berharap kejadian yang serupa tidak berlaku ke atas anak-anak mereka dan semoga pihak tadika bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

image is not available

Sumber: Threads, BH

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.