Tular Video Fazura Konon ‘Menjeling’ Di KLFW 2025, Rozita Che Wan Beri Respon

EntertainmentLifestyle
8 Aug 2025 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu video tular baru-baru ini menunjukkan Fazura menjeling seseorang di sebelahnya semasa acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025. Reaksi tersebut mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang meneka bahawa Rozita Che Wan (Che Ta) mungkin individu yang dijeling oleh Fazura.

Dalam video yang dikongsikan, Fazura kelihatan seolah-olah memberi jelingan kepada seseorang di sebelahnya sebelum meneruskan acara dengan tenang. Reaksi itu segera menarik perhatian ramai warganet yang mula membuat tekaan, dengan ramai yang percaya jelingan itu ditujukan kepada Che Ta, yang turut hadir di KLFW 2025.

image is not available

Namun, teka-teki itu akhirnya dijawab oleh Che Ta melalui Threads, dengan membalas, “Bukan kami la”, sekaligus menepis dakwaan tersebut.

Walaupun spekulasi itu telah dibersihkan, netizen terus memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut dan situasi yang timbul.

image is not available 2025-08-06 12:52:03

Netizen Perasan Jelingan Fazura di KLFW — Siapa Gerangan Duduk Sebelahnya?