Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

LocalTechnology
8 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan sebuah video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan kononnya berlaku perselisihan faham antara orang awam dan petugas kaunter. Sebaliknya, JPJ mengesahkan bahawa kandungan tersebut dipercayai adalah palsu dan dijana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Irfan Zaky@silento_91 itu dipercayai dihasilkan bagi menggambarkan seolah-olah insiden berkenaan benar-benar berlaku di premis JPJ.

image.pngimage.png

Menurutnya, kandungan palsu itu mencetuskan kekeliruan, provokasi serta mencemarkan imej dan reputasi jabatan berkenaan.

"Hasil semakan awal mendapati video itu dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan elemen yang menyerupai identiti rasmi kerajaan, termasuk susun atur pejabat, paparan visual serta penggunaan nama dan logo JPJ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, JPJ memandang serius penyebaran kandungan palsu itu dan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved