Tular Video Kenari Pandu Melulu, Pemandu Ditahan Positif Bahan Terlarang

LocalPolitics
6 Oct 2025 • 9:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tular Video Kenari Pandu Melulu, Pemandu Ditahan Positif Bahan Terlarang

Polis berjaya menahan seorang pemandu kereta selepas rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat tular di Facebook, memaparkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal sehingga penunggangnya terjatuh.

Kenari pandu melulu

image is not available

Menurut perkongsian di Facebook @Polis IPD Sibu, kejadian berlaku di Jalan Oya berhampiran SMK St. Elizabeth. Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri selain turut merempuh beberapa kenderaan lain di kawasan sekitar.

Hasil saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing.

image is not available

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pandu melulu dan berbahaya.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimun lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu minimum dua tahun, jika disabitkan.

Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu turut menyiasat suspek di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Foto: FB Nor Fazzlan

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan siasatan dengan telus.

Sumber: Facebook @Polis IPD Sibu