Tular Video Kenari Pandu Melulu Hingga Rempuh Beberapa Kenderaan, Rupanya Pemandu Sedang…

Entertainment
6 Oct 2025 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah video memaparkan sebuah kereta Perodua Kenari berwarna putih secara tiba-tiba melanggar sebuah motosikal sehingga penunggangnya terjatuh.

Bukan itu sahaja, kereta kenari berkenaan dilihat turut melanggar beberapa buah kereta lain malah mencelah di antara kenderaan tersebut.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pemandu dengan beberapa orang awam yang berjaya menahannya.

Khayal dadah rupanya…

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, kejadian berlaku di Jalan Oya berhampiran SMK St. Elizabeth. Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri selain turut merempuh beberapa kenderaan lain di kawasan sekitar.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan pemandu berkenaan bagi membantu siasatan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Suspek direman selama lima hari, disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Selain itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pandu melulu dan berbahaya.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimun lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu minimum dua tahun.

Sumber: Berita RTM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.