Tular: Pemandu Kenari Rempuh Penunggang Motosikal Di Lampu Isyarat, Rupanya Penagih Dadah

LocalPolitics
6 Oct 2025 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular satu klip video di media sosial yang menunjukkan sebuah Perodua Kenari merempuh seorang penunggang motosikal dan beberapa buah kenderaan lain berhampiran sebuah sekolah di Jalan Oya, Sibu. Hasil siasatan mendapati pemandu kereta itu rupa-rupanya berada di Bawah pengaruh dadah .

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili. Menurutnya, saringan awal mendapati lelaki dalam lingkungan 20-an itu positif dadah amphetamine.

"Kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Elizabeth melibatkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh.

"Selepas kejadian itu, pemandu kereta telah melarikan diri dan turut melanggar beberapa kenderaan lain di situ," katanya dalam kenyataan.

siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.