Tular Video Lelaki Berang Dengan Peniaga Vape Dakwa Jual Kepada Pelajar Sekolah

28 Jul 2026 • 6:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rokok dan vape merupakan antara barang yang dilarang buat golongan yang masih di bawah umur.

Namun, ada segelintir yang memiliki barangan tersebut sehingga kadangkala menimbulkan persoalan bagaimana mereka memperolehi barangan sedemikian.

Lelaki Mengamuk Kepada Peniaga Vape, Didakwa Jual Kepada Budak Sekolah

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang berang terhadap seorang peniaga vape atau juga dikenali sebagai rokok elektronik.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan lelaki yang berpakaian kemeja-T warna putih itu menyoal peniaga berkenaan bagaimana budak yang dipercayai pelajar sekolah boleh mendapat barang yang dipercayai merupakan vape.

Malah, lelaki itu juga turut mempersoal lesen perniagaan yang dimiliki oleh peniaga tersebut.

“Itu saya tak kira. Macam mana budak boleh dapat barang. You punya lesen angkat keluar tengok. Saya mahu tengok you punya lesen, you betul ke meniaga? Mesti ada undang-undangkan.

“Budak-budak mesti tunjuk IC dulu (bila beli barang) kan? Saya tanya you jawab la, budak-budak mesti tunjuk IC (untuk) tengok dulu,” katanya berang.

Malah dakwa lelaki berkenaan, guru besar sebuah sekolah ada meminta dia untuk mencari siapa yang memberi barang berkenaan (vape) kepada beberapa pelajar lagi.

“Lagi lima enam budak sekolah sana, guru besar minta saya cari sini, ini barang mana dapat,” katanya.

Peniaga Dakwa Dah Pernah Halau Budak Yang Beli, Tapi Ada Ahli Keluarga Yang Marah

Namun dakwa peniaga itu, dia pernah menghalau pelanggannya yang dipercayai merupakan budak bawah umur dari membeli barang berkenaan.

Pun begitu dakwanya, ada ahli keluarga pelanggannya itu mempersoal kenapa barang itu tidak dijual kepada mereka.

Malah dakwa peniaga vape itu lagi, dia ada meletakkan notis di hadapan pintu kedai tersebut dipercayai larangan pembelian buat pembeli di bawah umur.

“Saya sana ada tulis (notis). Saya pernah halau dia tau bang. Saya pernah cakap, diorang kata nak beli untuk saudara sana.

“Saya pernah jual, kemudian keluarga datang marah ‘kenapa tak jual bagi dia’,” jelas peniaga itu.

Berdasarkan kapsyen yang tertera pada hantaran berkenaan, difahamkan peniaga itu beroperasi di Kepong, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, tiada info mengenai tarikh kejadian berlaku.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih satu juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi tegang itu.

Ada warganet yang berpendapat ibu bapa yang bertanggungjawab mengawal anak mereka dari membeli barang dipercayai vape itu.

Namun, ada segelintir netizen yang menyokong tindakan lelaki berkenaan kerana tegas dengan peniaga vape berkenaan yang dipercayai menjual barangan tersebut kepada budak bawah umur.

Larangan Penjualan & Penggunaan Produk Tembakau Kepada Orang Belum Dewasa (OBD)

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Facebook, penjualan dan penggunaan rokok serta vape kepada Orang Belum Dewasa (OBD) adalah dilarang.

“Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Undang-undang ini menetapkan bahawa individu berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan membeli atau merokok produk tembakau dan pengganti tembakau, termasuk rokok elektronik (vape).

“Langkah ini penting bagi melindungi generasi muda daripada bahaya ketagihan nikotin dan kesan buruk terhadap kesihatan fizikal serta mental.

“Penjual atau individu yang didapati menjual produk rokok dan vape kepada OBD boleh dikenakan tindakan tegas. Ia demi mencegah ketagihan yang sering bermula sejak usia remaja,” jelas mereka.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Ini Sebahagian Yang Menjahanamkan Generasi Anak Muda Sekarang, Sudah Diharamkan Masih Nak Jual”

Image from: Tular Video Lelaki Berang Dengan Peniaga Vape Dakwa Jual Kepada Pelajar Sekolah

“Awak Marah Peniaga Itu Buat Apa? Ajarlah Anak Awak Jangan Hisap Benda Tu, Selesai Masalah”

Image from: Tular Video Lelaki Berang Dengan Peniaga Vape Dakwa Jual Kepada Pelajar Sekolah

“Anak Sendiri Yang Salah, Marah Orang Niaga Pula”

Image from: Tular Video Lelaki Berang Dengan Peniaga Vape Dakwa Jual Kepada Pelajar Sekolah

“Terbaik Encik, Bagi Cukup-Cukup Dekat Pak Cik Ini, Perosak Anak-Anak”

Image from: Tular Video Lelaki Berang Dengan Peniaga Vape Dakwa Jual Kepada Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Kawal Selia Lebih Berkesan, Haramkan Vape Bukan Penyelesaian – Presiden MOVE

Baca Artikel Berkaitan: 30% ‘Kaki’ Vape Di Malaysia Berumur 12 Hingga 15 Tahun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved