[VIDEO] ‘Bukan ada konsert tapi ini ‘healing’ cara lelaki’

28 Jul 2026 • 1:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Bukan ada konsert tapi ini ‘healing’ cara lelaki’

PETALING JAYA – Bukan konsert atau festival, sebaliknya operasi mengangkat sebuah lori yang terbalik di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) petang semalam menjadi ‘hiburan’ luar biasa buat ramai penunggang motosikal lelaki.

Menerusi video tular dikongsikan seorang pengguna dikenali @ayampasu_bybasil, penunggang motosikal dilihat berbaris di sepanjang laluan motosikal berhampiran lokasi kejadian seolah-olah sedang menonton sebuah konsert.

Namun hakikatnya mereka tekun memerhatikan dua kren menjalankan operasi mengangkat lori yang terbalik.

Lebih mencuit hati, seorang penunggang motosikal dilihat siap mengangkat kaki ke atas motosikal sambil bersandar santai menikmati pemandangan operasi kren mengangkat lori itu.

“Aku ingat ada apalah berhenti ramai-ramai ni kan, ingat ada apa geng rupa-rupanya ada lori terbalik. Aku pun terikut terberhenti juga geng.

“Ni semua semata-mata nak tengok lori tu kena angkat guna kren. Nak ‘explain’ susah, tetapi lelaki je faham,” kata pemilik video tersebut.

Lebih mencuit hati, situasi itu turut mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen yang menganggap ia merupakan ‘healing’ atau terapi bagi kebanyakan lelaki.

“Benda ni macam terapi untuk lelaki. Terutama geng bapa-bapa yang bekerja,” tulis @Alepsaadon.

“Hahaha suami saya pun jenis macam ni. Dia cakap rasa kembali ke zaman kanak-kanak tengok kren korek parit,” komen @FiqaRashid.

“Kalau nak tahu, lelaki suka ‘troubleshoot’ dan selesaikan masalah. Paip bocor, lampu padam. Tu kecil, ini lori terbalik tengah jalan, masalah besar. Ada peluang tengok kren selesaikan masalah secara ‘real time’. Itu yang best,” katanya.

Semalam, sebuah lori dilaporkan terbalik di Kilometer 29.60 Lebuh Raya Kesas arah Barat sehingga menghalang semua lorong dan menyebabkan kesesakan teruk dari Hicom menghala ke Bandar Puteri. Laluan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan lori menggunakan kren dijalankan. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Bukan ada konsert tapi ini ‘healing’ cara lelaki’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved