Tular video memandu secara bahaya, pemandu bas ekspres ditahan polis

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada 16 April lalu mengenai seorang lelaki memandu bas ekspress dengan hanya sebelah tangan dan keadaan membahayakan.

MELAKA - Seorang pemandu bas ekspres yang dipercayai memandu dalam keadaan berbahaya dan videonya tular pada Khamis lalu telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah pada tengah hari Isnin.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Selasa mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan pemandu bas berkenaan susulan tindakannya memandu secara berbahaya.

Melalui video tular berdurasi satu minit 20 saat itu, suspek dilihat memandu dalam keadaan duduk menyandar ke belakang dan hanya memegang stereng menggunakan sebelah tangan ketika kenderaan sedang bergerak pada waktu malam.

Berdasarkan semakan awal, kenderaan terlibat dipercayai sebuah bas ekspres milik sebuah syarikat pengendali bas yang sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

Lokasi sebenar kejadian dipercayai di sekitar Kilometer 196.1 arah selatan, namun masih dalam siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved