Tular Video Murid Kejar Kereta Dipandu Ibu, Polis Buka Kertas Siasatan

LocalFamily & Parenting
23 Aug 2025 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang murid sekolah telah mengejar sebuah kereta yang dipandu ibunya selepas murid berkenaan difahamkan tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Seri Kembangan, Selangor dan kini, kes tersebut sedang disiasat oleh pihak polis, lapor Berita Harian.

Kertas siasatan untuk menyiasat kejadian itu telah pun dibuka oleh pihak polis untuk mengesan pemilik video tular tersebut.

Difahamkan, susulan video yang tular itu, keterangan ibu dan bapa murid tersebut telah pun dirakam oleh pihak polis dan ia dibuat sejurus sahaja laporan polis dibuat oleh pasangan suami isteri itu beberapa hari lalu.

image is not available

Difahamkan juga, murid yang berlari mengejar kereta ibunya itu berada dalam keadaan yang baik.

Menurut ibu murid tersebut yang merupakan seorang suri rumah berusia 37 tahun, dia telah ke sekolah berkenaan untuk menjemput anak kembarnya dari sekolah.

Namun, wanita itu hanya menyedari bahawa salah seorang daripada anaknya tidak berada dalam kenderaan ketika dia membuat pusingan U.

Wanita tersebut kemudiannya segera memberhentikan kereta yang dipandunya setelah melihat anaknya berlari mengejar kenderaannya itu dari belakang.

Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang hantaran di media sosial yang boleh menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap seseorang dan dalam kes ini, pihak polis mengingatkan pengguna media sosial agar tidak memuat naik sesuatu hantaran di platform media sosial jika tidak mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.