Tular Video Pesakit Bergaduh Mulut Di Hospital Gara-Gara Tunggu Rawatan Terlalu Lama

Entertainment
5 Feb 2023 • 2:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial tentang sebuah video pergaduhan mulut antara seorang pesakit di hospital kerajaan dengan kakitangan hospital terbabit.

Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku kerana pesakit berkenaan tidak berpuas hati kerana dia telah menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.

Kejadian itu telah berlaku di klinik kardiologi Hospital Serdang. Video yang berdurasi selama 27 saat itu pada mulanya telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Bisma Ali05 sebelum dikongsikan semula di Twitter.

image is not available

Dalam video tersebut, pengguna TikTok turut menulis kapsyen yang mengatakan bahawa pesakit telah menunggu dari jam 8 pagi hingga 7 petang.

image is not available

Namun, warga maya di Twitter mengatakan pesakit tidak boleh menyalahkan doktor dan kakitangan hospital seratus peratus kerana pesakit hospital kerajaan memang terlalu ramai.

image is not available

Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berkongsi pengalaman mereka mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

image is not available

Apa-apa pun, kita tunggu penjelasan daripada pihak hospital pula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.