Tular Video Suami Isteri Tunjuk Aksi Terlebih Mesra Ketika Jual Ikan Di TikTok

20 Sep 2025 • 1:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Video sepasang suami isteri tunjuk aksi terlebih mesra ketika menjual ikan di siaran langsung TikTok telah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana terlihat sangat menjijikan.

Suami isteri peluk cium ketika jual ikan

Mana tidaknya, menerusi video yang tular di platform Thread, rakaman siaran langsung itu memperlihatkan lelaki yang dipercayai suami kepada wanita yang sedang menjual ikan telah mencium dan meraba bahagian dada isterinya sambil ditonton pengguna TikTok.

image is not available

Suami isteri buat aksi mesra ketika live TikTok

Dalam pada itu, dia juga turut bertanya kepada isterinya berkenaan sesuatu yang sangat peribadi sebelum pertanyaan tersebut diabaikan wanita terbabit.

Kejadian yang berlaku dipercayai sebelum mereka mengakhiri siaran langsung menjual hasil laut itu dan mendapat pelbagai komen negatif daripada netizen di media sosial.

image is not available

Dah tua bangka pun

Rata-rata komen mengecam perilaku tidak bermoral pasangan terbabit lebih-lebih lagi tindakan lelaki itu yang langsung tidak mempunyai sifat malu walaupun mereka adalah suami isteri.

image is not available

Memalukan betul!

image is not available

Budak-budak belajar dari orang tua

 

image is not available

Difahamkan akaun TikTok mereka sudah dikunci selepas video terbabit tular.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berkaitan video tersebut dan tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku.

Sumber; Thread aehomesdecor