Tular Warga Emas Cabul Budak Perempuan, Jiran Nafi Tuduhan Sebab Dah Anggap Macam Ahli Keluarga Sendiri

18 Jul 2022 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hujung minggu lalu, tular seketika di Facebook mengenai peringatan agar orang ramai untuk berhati-hati jika terjumpa dengan seorang warga emas yang didakwa telah ‘meraba’ kanak-kanak perempuan secara tersembunyi.

Hantaran itu ternyata telah menimbulkan kekecohan di mana ramai netizen meluahkan rasa bimbang serta meminta pihak berkuasa untuk segera menangkap lelaki warga emas itu.

Namun begitu, pihak polis telah membuat satu kenyataan di mana pihak mereka ada menerima keterangan daripada ibu kanak-kanak perempuan tersebut dan wanita itu menafikan bahawa warga emas berkenaan telah melakukan perbuatan terkutuk seperti didakwa warga maya sebelum ini.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San yang memberitahu bahawa polis ada menerima dua laporan yang dibuat oleh warga emas berumur 80 tahun itu bagi tujuan menafikan dakwaan netizen.

Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Kata wanita yang juga ibu kanak-kanak itu, lelaki tua berkenaan adalah jirannya dan telah dianggap seperti ahli keluarga mereka sendiri.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) Tak Puas Hati Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Lelaki Langgar Kereta Bekas Tunang Sampai Remuk