Tun M Ziarah Pusara Dr Siti Hasmah, Air Mata Jadi Saksi Duka

1 Oct 2026 • 2:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tun M Ziarah Pusara Dr Siti Hasmah, Air Mata Jadi Saksi Duka

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini kembali menziarahi pusara Allahyarham isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, di Pusara Negara, Presint 20.

Beliau tiba kira-kira jam 11.05 pagi dengan ditemani anggota keluarga dan berada di pusara berkenaan selama kira-kira 15 minit.

Sepanjang berada di situ, Dr Mahathir dilihat membaca doa di sisi pusara Siti Hasmah sebelum menaburkan kelopak bunga ros.

Menerusi video di pautan https://www.facebook.com/61587706306096/videos/pcb.122128062753256876/2441704429903619, dapat dilihat negarawan itu sebak dan menitiskan air mata sepanjang berada di pusara isterinya itu.

Kunjungan berkenaan dilakukan selepas beliau selesai menjalani rawatan berkala di Institut Jantung Negara (IJN).

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata, Dr Mahathir dalam keadaan keletihan selepas tidak cukup tidur susulan pemergian Dr Siti Hasmah pada Isnin lalu.

Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada Isnin selepas keadaan kesihatannya merosot secara mendadak.

Pemergiannya disahkan anak mereka, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Siti Hasmah dan Dr Mahathir mendirikan rumah tangga selama 70 tahun dan dikurniakan tujuh cahaya mata.

Allahyarham merupakan antara wanita Melayu terawal dalam bidang perubatan dan dikenang atas sumbangannya dalam bidang perubatan, kesihatan wanita serta kebajikan masyarakat.

Jenazah beliau diberi penghormatan untuk dikebumikan pada hari sama mengikut Istiadat Pengebumian Pembesad Negara. - Getaran, 1 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved