Tun Mahathir mohon maaf tidak hadir Forum SG4 kerana kurang sihat

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 6:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tun Mahathir mohon maaf tidak hadir Forum SG4 kerana kurang sihat

​KUALA LUMPUR – ​”Beliau sudah bekerja keras menyiapkan ucapan ini dan mahu menyampaikannya sendiri, namun malangnya keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.”

Demikian kata  Tan Sri Mokhzani berhubung ketidakhadiran bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Mokhzani berkata, beliau berasa amat bersyukur dan berbesar hati kerana Dr. Mahathir memintanya membacakan ucaptama tersebut bagi pihak bapanya.

​Menerusi teks ucapan yang dibacakan, Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu turut memohon maaf kepada hadirin kerana tidak hadir dan mengakui tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

​”Alhamdulillah dengan izin Allah, walaupun kesihatan saya tidak begitu memuaskan kebelakangan ini, saya masih dapat berkongsi sedikit pandangan bersama semua yang hadir.

“Namun disebabkan belum pulih sepenuhnya, saya memohon maaf dan meminta anak saya (Mokhzani) membacakan ucapan ini bagi pihak saya.

“Sungguhpun saya amat berharap dapat menyampaikannya sendiri,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, adik beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

​Dr. Mahathir yang berusia 101 tahun dilantik sebagai Penasihat SG4 dan dijadual menyampaikan ucapan khas pada forum berkenaan.

 

The post Tun Mahathir mohon maaf tidak hadir Forum SG4 kerana kurang sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved