Tun M kongsi video solat Jumaat di Masjid Negara, warga maya titip doa

23 Oct 2026 • 8:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tun M kongsi video solat Jumaat di Masjid Negara, warga maya titip doa
Rata-rata jemaah tidak melepaskan peluang bersalam dengan Tun Mahathir.
Image from: Tun M kongsi video solat Jumaat di Masjid Negara, warga maya titip doa
Tun Mahathir menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara pada Jumaat.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di sini pada Jumaat, sekali gus menarik perhatian jemaah yang hadir.

Negarawan berusia 101 tahun itu kelihatan sihat dan segar meskipun masih menggunakan kerusi roda, hampir empat minggu selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook beliau, Tun Mahathir dilihat mengenakan pakaian pejabat seperti kebiasaannya, lengkap dengan songkok hitam.

Beliau turut ditemani anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika hadir ke masjid berkenaan.

Sebaik selesai menunaikan solat Jumaat, beberapa jemaah dilihat menghampiri Dr Mahathir untuk bersalaman dan mencium tangan beliau.

**media[3687350]**

Perkongsian video itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang meluahkan rasa syukur melihat keadaan bekas pemimpin negara berkenaan.

Mereka turut menitipkan doa agar Dr Mahathir terus dikurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan dalam menempuh kehidupan selepas kehilangan isteri tercinta.

Untuk rekod, Tun Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 September lalu.

Allahyarham dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved