“Tun nampak makin sihat” – Diziarahi Tuanku Raja Perlis, Ramai Bersyukur Lihat Keadaan Terkini Tun M

12 Oct 2026 • 6:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft tun M

Pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Hasmah Mohd Ali amat dirasai, seluruh rakyat meratapi pemergian beliau.

Jadi sedangkan kita rakyat biasa berasa hiba, inikan pula insan yang paling dekat iaitu Tun Dr Mahathir yang sudah 70 tahun mendirikan bahtera perkahwinan dengannya.

Melihat wajah Tun Dr Mahathir yang sugul saat menziarahi pusara isterinya yang tercinta, ia sudah tentu meruntun hati kita semua.

Namun, selepas 2 minggu peristiwa menyedihkan itu berlalu, Tun Dr Mahathir ada memuat naik satu hantaran terkini yang menarik perhatian netizen.

Artikel berkaitan : “Tak sangka dia boleh meninggal dunia hari ini, keadaan dia baik je sebelum ini” – Tun M

Menerusi media sosial miliknya, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau dikunjungi oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11 Oktober (semalam).

Tun Dr Mahathir atau lebih mesra disapa dengan penggilan Tun M itu dilihat memakai baju melayu berwarna merah jambu sedang beramah mesra bersama Tuanku Raja Perlis.

840233186 3261868537334649 3284070605674704421 n 844138144 1410212407864106 2951361110703424389 n

Melihat raut wajah beliau, ramai netizen yang dapat merasakan perubahan pada air mukanya yang dilihat agak tenang dan tidak sugul sepertimana saat pemergian isterinya yang tercinta itu meninggal dunia dan ramai yang bersyukur serta mendoakan kesejahteraannya.

Tun 3 tun M tun M 2 Tun M 4

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved