“Tunang jangan lama-lama” – Gelagat Cik Lan Nyanyi Dengan Dato’ Sri Vida Buat Netizen Geli Hati

Entertainment
16 Sep 2025 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal Cik Lan? Hampir semua orang di Malaysia kenal Cik Lan kerana segmen paranormal yang dilakukan olehnya dan beberapa artis lain.

Cik Lan, atau nama sebenarnya Roslan Shah, kini menjadi perhatian apabila kerap digandingkan bersama Dato’ Sri Vida sejak kemunculan mereka dalam segmen paranormal pada Ogos lalu.

Gandingan ini kembali hangat apabila Cik Lan turut serta mengikuti Dato’ Sri Vida ke pelancaran Salmon Skin Cik B di Singapura.

Dalam satu video yang tular di TikTok, Cik Lan dilihat telah menyanyikan sebuah lagu untuk Vida di atas pentas.

@salmon.skin.cikb “Mengapa kita bila nak kahwin – Cik Lan @Roslan Shah – Cik Lan siap nyanyikan lagu khas untuk saya di Singapore Expo! Terima kasih warga Singapore yang sporting #tiktoksingapore #foryoupage #roslanshah #datoserivida #pamogajus ♬ Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris

Gelagat Cik Lan mengubah lirik lagu Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Jamal Abdillah dan arwah Siti Sarah itu mencuit hati netizen.

Lirik asal yang berbunyi “Mengapa kita harus bersengketa” ditukar kepada “Mengapa kita bila nak kawin” serta “Tunang-tunang jangan lama-lama”.

image is not available

Di dalam video itu juga Cik Lan ada menyatakan dia suka pada Dato’ Sri Vida kerana beliau seorang yang ikhlas, rajin dan wanita berusaha.

Cik Lan juga menegaskan bahawa Dato’ Sri Vida itu kepunyaannya dan tidak mahu orang lain untuk kacau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat Cik Lan dan Dato’ Sri Vida. Mereka juga mengatakan adakah mereka bakal menukar status rakan sekerja ke rakan serumah.

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.