'Tunggu Ahad', kata Undang Rembau selepas menghadap Tuanku Muhriz

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tunggu Ahad', kata Undang Rembau selepas menghadap Tuanku Muhriz
Hassan dilihat keluar pada jam 11.24 pagi selepas selesai menghadap Tuanku Muhriz pada Jumaat.

SEREMBAN - "Tunggu Ahad".

Itu reaksi ringkas Undang Luak Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid (Undang tidak dipertikaikan) sebaik disapa pemberita ketika keluar meninggalkan Istana Hinggap, di sini pada Jumaat.

Kenderaan dinaiki beliau dilihat keluar pada jam 11.24 pagi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut hadir menghadap baginda, dua lagi Undang iaitu Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Jelebu, Datuk Azrin Khairi bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Azrin pula ketika meninggalkan istana hanya tersenyum sebaik ditanya berkenaan inti pati perjumpaan diadakan.

Sesi menghadap itu dipercayai bagi membincangkan kemelut politik negeri yang berlarutan sejak awal minggu ini, khususnya membabitkan kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar.

Sehingga kini lebih 10 pengamal media mula berkumpul di luar kediaman rasmi Menteri Besar untuk menanti perkembangan lanjut dan difahamkan sidang media akan diadakan pada bila-bila masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved