Tunggu dahulu siasatan SPRM sebelum tindakan tatatertib pegawai imigresen

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 11:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tunggu dahulu siasatan SPRM sebelum tindakan tatatertib pegawai imigresen

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang ditahan berkait kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya akan mengenal pasti sebarang kesalahan yang boleh diambil di bawah tatatertib ke atas keenam-enam pegawai terbabit. 

Bagaimanapun, Imigresen menunggu laporan siasatan SPRM untuk kertas tatatertib dibuka. 

“Siasatan baru bermula dan ia ada proses perundangan yang perlu dipatuhi. Peringkat pertama perlu selesai dahulu siasatan oleh pihak SPRM.

“Jika dituduh di mahkamah, baru kita akan buka kertas tatatertib untuk tahan kerja sehingga kes mahkamah selesai.

“Bagi yang tidak dituduh, jika ada bukt-bukti pelanggaran tatatertib tindakan juga akan diambil,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Media hari ini melaporkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen menumpaskan kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah dengan penahanan 12 individu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, dalam Op Crack yang dijalankan pada petang semalam, mereka yang ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM serta seorang pegawai polis.

Menurutnya, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.

Sebanyak 1,306 PLKS palsu dikeluarkan, menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta

Zakaria berkata, tangkapan kesemua pegawai Imigresen adalah hasil kerjasama pihaknya dengan SPRM. 

“Semua  pegawai terbabit belum pernah ditahan sebelum ini,” katanya.- UTUSAN

The post Tunggu dahulu siasatan SPRM sebelum tindakan tatatertib pegawai imigresen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved