Tunku Ismail Umum Rancang Bawa UFC & WWE Ke Johor

13 Oct 2025 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tunku Ismail Umum Rancang Bawa UFC & WWE Ke Johor

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa UFC dan WWE ke Malaysia ke negeri Johor.

Hasrat itu dizahirkan baginda selepas berpeluang menonton aksi WWE Crown Jewel 2025 yang diadakan di RAC Arena, Perth, Australia baru-baru ini.

Menerusi perkongsian @hrhcrownprinceofjohor di Instagram, satu rundingan sedang berlangsung untuk membawa sukan Ultimate Fighting Championship (UFC) dan World Wresting Entertainment (WWE) pada masa hadapan.

Baginda memuat naik beberapa gambar bersama para penggusti berentap di gelanggang, malah berpeluang bergambar dengan Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul Michael Levesque atau Triple H.

“Kami kini dalam perbincangan dengan pihak UFC dan WWE bagi membawa acara mereka ke Johor pada masa akan datang, dijangka pada tahun 2027 di Stadium SSI,” petik komen ringkas ditulis Tunku Ismail.

https://www.instagram.com/p/DPtoqUSErOw/?utm_source=ig_web_copy_link

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved