Tunku Mahkota Ismail berkenan terima menghadap PM

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor Bharu hari ini. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR -  Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor Bharu hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, pada sesi itu, beliau dan Tunku Mahkota Ismail bertukar pandangan dalam isu melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor, selain memberi maklum usaha dan tindakan kerajaan dalam mendepani kemelut global saat ini.

"Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail kerana perkenan menerima patik untuk menghadap dalam kunjungan singkat ke Johor hari ini.

"Kerajaan sesungguhnya akan terus bekerja memastikan rakyat dilindungi dan negara kekal aman dan stabil, insya-ALLAH,” katanya.- Bernama 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved