Tunku Mahkota Ismail ucap tahniah, Ayob Khan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

LocalFootball
1 Oct 2026 • 7:22 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tunku Mahkota Ismail ucap tahniah, Ayob Khan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baginda yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memuat naik ucapan tersebut dalam platform X milik HRH Crown Prince of Johor bersama gambar pertemuan baginda dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara.

Semalam, Ayob dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM bagi baki penggal 2025-2029.

Pelantikan itu antara keputusan utama Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Presiden FAM baharu, Datuk Ab. Ghani Hassan dan dihadiri kesemua sembilan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang dipilih pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026, pada 17 September lalu.

Ayob Khan akan menerajui Jawatankuasa Integriti FAM manakala Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.-UTUSAN

The post Tunku Mahkota Ismail ucap tahniah, Ayob Khan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved