Tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah SKDS dibuka 1 Julai

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2026 • 3:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah SKDS dibuka 1 Julai

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membuka ruang permohonan tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) mulai 1 Julai ini bagi membantu syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang masih belum menerima fleet card.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kemudahan itu membolehkan syarikat yang layak menuntut perbezaan harga diesel yang dibeli pada harga runcit tanpa subsidi dengan harga diesel bersubsidi SKDS yang sepatutnya dinikmati sementara menunggu fleet card.

Menurutnya, penggunaan fleet card di bawah SKDS akan berkuatkuasa selaras pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai 2026.

“Melalui mekanisme ini, sektor pengangkutan darat awam yang layak akan terus menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.88 seliter manakala sektor pengangkutan darat barangan pada harga RM2.15 seliter,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Armizan berkata, kerajaan mengambil maklum bahawa proses pengeluaran dan penghantaran fleet card oleh syarikat minyak lazimnya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu bergantung kepada proses semakan dan pengurusan dalaman masing-masing.

Sehubungan itu katanya, kemudahan tuntutan bayaran balik tunai diperkenalkan bagi memastikan syarikat yang telah memenuhi syarat pendaftaran SKDS tidak terjejas sepanjang tempoh menunggu kad berkenaan diterima.

“Tuntutan ini hanya terbuka kepada pemohon SKDS bagi sektor pengangkutan darat awam dan barangan di Sabah, Sarawak serta Labuan yang telah membuat pendaftaran SKDS dan memohon fleet card sebelum atau pada 30 Jun 2026.

“Tuntutan bayaran balik ini turut meliputi pembelian diesel bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2026 atau sehingga tarikh fleet card diterima oleh syarikat, yang mana lebih awal,” katanya.

Tambahnya, permohonan boleh dibuat melalui portal MySubsidi dan setiap tuntutan perlu disertakan dengan resit pembelian diesel yang sah untuk tujuan semakan.

Katanya, pembayaran balik tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank syarikat oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas proses semakan selesai dilaksanakan oleh pentadbir SKDS di KPDN.

Sementara itu, Armizan berkata, sehingga 22 Jun lalu, sebanyak 8,445 syarikat melibatkan 30,557 kenderaan di Sabah, Sarawak dan Labuan telah berdaftar di bawah SKDS.

Daripada jumlah itu katanya, Sabah merekodkan 4,062 syarikat dengan 14,750 kenderaan, diikuti Sarawak dengan 4,108 syarikat membabitkan 15,030 kenderaan dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 275 syarikat dengan 777 kenderaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved