“Turun mendadak pun boleh kena serangan jantung ya” – Netizen Mula Bimbang Tengok Keadaan Isteri Prince Syed

Health & FitnessLifestyle
19 May 2026 • 3:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft prince fatin

Bagi yang mengikuti perkembangan pempengaruh Prince Syed ini, korang pasti sudah sedia maklum yang Fatin Syazwani pernah menjalani pembedahan bariatrik sebelum ini dan kini sudah menampakkan hasilnya.

Fatin Syazwani dilihat begitu susut dan langsing berbanding sebelumnya, maka sekaligus ia menjadi tumpuan netizen. Namun melihat keadaannya sebegitu, ramai netizen mula meluahkan rasa bimbang.

Ianya selepas Pince Syed baru-baru ini ada memuat naik hantaran di TikTok menunjukkan Fatin sedang menaiki tangga escalator yang tidak berfungsi di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam.

Dalam video tersebut, Fatin dilihat sedikit ‘struggle’ untuk naik sampai ke atas, menurut netizen Fatin dilihat seperti tidak bermaya dan mereka menyifatkan bahawa Fatin seolah-olah mempunyai masalah kesihatan akibat penurunan berat badan yang mendadak.

Bahkan, ada juga netizen yang menyifatkan bahawa penurunan berat badan yang ketara ini boleh menyebabkan serangan jantung. Oleh itu, mereka menasihati agar Fatin melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih lanjut.

“Badan turun mendadak boleh kena serangan jantung ya” – Netizen

prince fatin prince fatin 2 prince fatin 3

Sebelum ini, tindakan Fatin menjalani prosedur pembedahan bariatrik pernah mencetuskan kontroversi apabila ibu kandung Fatin mendakwa bahawa menantunya itu lari serta menghalangnya untuk berjumpa dengan anak dan cucunya.

Selain itu, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin untuk menjadikan anaknya itu sebagai tikus makmal dan memaksa Fatin menjalani pembedahan tersebut.

Namun, dakwaan itu disangkal oleh Prince Syed sendiri dengan mengatakan bahawa ia adalah kerelaan Fatin sendiri kerana tertekan menjadi mangsa body shaming.

Sumber : TikTok, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article