TYT hadiri iftar bersama Kastam

LocalPolitics
14 Mar 2026 • 3:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

YANG di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Pengurusan Tertinggi dan Warga Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah pada Khamis.

Dalam acara yang diadakan di Masjid Al-Abid, Desa Kastam Sepanggar itu, Musa turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Pondok Pengajian Muslimah Tarbiyatun Nisa serta peralatan memasak kepada masjid itu.

Musa juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama warga JKDM Sabah.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pengarah Kastam, Dr Ahmad Taufik Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Siti Mang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved