TYT pimpin ribuan jemaah dalam doa

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 10:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

Kota Kinabalu: Ribuan jemaah membanjiri Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, bagi menghadiri solat hajat khas, bacaan tahlil dan doa untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Majlis yang berlangsung malam Khamis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan menteri Kabinet negeri termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Turut hadir ialah Speaker Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains) menetapkan agar semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan majlis tahlil dan doa pada malam Khamis bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah.

Jemaah mula memenuhi pekarangan masjid seawal jam 5 petang, datang dari sekitar bandar raya dan kawasan pinggirnya.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat hajat, bacaan tahlil dan doa khas yang dipimpin Imam Besar Ustaz Suhaidi Kuanting.

Suasana hening dan sayu menyelubungi ruang solat ketika tahlil dibacakan, malah ada jemaah dilihat menitiskan air mata mengenang pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.

Pada masa sama, masjid dan surau di seluruh Sabah turut mengadakan solat dan doa seumpamanya sebagai tanda perpaduan rakyat dalam menuntut kebenaran dan keadilan.

Menurut penganjur, majlis itu bertujuan memohon agar urusan keluarga Allahyarhamah dipermudahkan serta mengurangkan trauma yang dialami pelajar lain. Bagi seorang jemaah, Mohd Nazrul Abdul Ali, 42, kehadiran besar-besaran itu membuktikan masyarakat bersatu dalam mencari keadilan buat Allahyarhamah.

“Dia seorang anak yang tidak bersalah, dan seluruh Sabah berdoa agar kebenaran terbongkar,” katanya.