U Mobile, HLGY Energy teroka kerjasama bangunkan ladang solar pintar berasaskan 5G dan AI

LocalTechnology
12 Oct 2026 • 12:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

U Mobile, HLGY Energy teroka kerjasama bangunkan ladang solar pintar berasaskan 5G dan AI Image from: U Mobile, HLGY Energy teroka kerjasama bangunkan ladang solar pintar berasaskan 5G dan AI amree12/10/2026 - 12:40 HOW Lih Ren (dua dari kanan) dan Kenneth Yap Kian Hoong (dua dari kir) memeterai Kerjasama dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Carbon Xchange PLT, Ir Nirinder Singh Johl (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck (kanan). Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Okt — U Mobile dan HLGY Energy Sdn Bhd menjalin kerjasama dalam aspek penerokaan teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI) dan dron autonomi bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pemantauan serta pengurusan ladang solar di Malaysia.

 

Kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan rumusan ladang solar pintar generasi baharu yang memanfaatkan rangkaian ULTRA5G U Mobile, sekali gus menyokong pendigitalan sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) negara.

 

Menurut kenyataan, di bawah kerjasama itu, mereka akan meneroka penggunaan rangkaian telekomunikasi 5G persendirian sebagai infrastruktur digital utama bagi menyokong perkembangan operasi ladang solar yang lebih cekap, selamat dan secara automasi.

 

"U Mobile akan bertindak sebagai penyedia infrastruktur komunikasi, inovasi dan automasi kepada HLGY Energy, dengan sambungan rangkaian khusus yang menyokong pemantauan jarak jauh, pengesanan awal masalah serta penyelenggaraan lebih pantas," katanya.

 

Antara aplikasi yang bakal diteroka termasuk pemeriksaan menggunakan dron autonomi, analitik yang berasaskan AI dan sistem kamera litar tertutup (CCTV) pintar bagi memantau operasi serta mengenal pasti kemungkinan gangguan daripada peringkat awal.

 

Ketua Pegawai Perniagaan U Mobile, How Lih Ren berkata, kerjasama itu menunjukkan bagaimana rangkaian ULTRA5G dapat menyokong pembangunan infrastruktur pintar dan mampan menerusi gabungan sambungan 5G persendirian, AI serta automasi industri.

 

5G_DagangNews2026

 

Ujarnya, U Mobile turut menyasarkan peranan yang lebih besar sebagai rakan rumusan digital kepada perusahaan di Malaysia, termasuk membantu pemain sektor RE agar dapat memanfaatkan teknologi moden bagi menyokong transformasi digital.

 

Sementara itu, Pengerusi merangkap Pengarah Eksekutif HLGY Energy, Kenneth Yap berkata, peralihan tenaga hijau negara memerlukan pelbagai infrastruktur RE yang lebih cekap, boleh dipercayai dan bersedia menghadapi segala keperluan masa depan.

 

"Integrasi AI dengan penjanaan tenaga solar dan operasi sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berpotensi mengoptimumkan masa tenaga disimpan dan dibekalkan, mengurangkan kos elektrik serta memanjangkan jangka hayat peralatan," katanya.

 

Kerjasama itu turut menyokong perancangan jangka panjang HLGY Energy, termasuk peluang di bawah Skim Pembekalan RE Korporat (CRESS), yang membolehkan syarikat meneroka rumusan tenaga bersih untuk memenuhi keperluan perniagaan jangka panjang.

 

Tambah kenyataan tersebut, HLGY Energy merupakan pemaju RE tempatan yang banyak memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengoperasian projek solar berskala utiliti, termasuk Loji Janakuasa Solar Kedah Rubber City.

 

Pada masa sama, kedua-dua syarikat berharap, kerjasama itu dapat memperluas penggunaan teknologi digital dalam pengurusan infrastruktur tenaga serta menyokong usaha penyahkarbonan industri Malaysia. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved