
Uber hari ini mengumumkan pengambil-alihan dan penyatuan perniagaan bersama Delivery Hero, iaitu salah satu syarikat penghantaran makanan terkemuka, yang turut menguruskan jenama FoodPanda di rantau Asia Tenggara. Uber melakukan tawaran sebanyak RM60.3 bilion untuk membeli Delivery Hero.
Dibawah transaksi ini, Uber akan mengambil-alih 50 pasaran dibawah Delivery Hero, termasuk FoodPanda Malaysia, Singapura dan FoodPanda di beberapa pasaran lain. Selain FoodPanda, antara jenama lain bawah Delivery Hero yang diambil-alih juga adalah Glovo, HungerStation, PedidosYa, Talabat, dan juga Baedal Minjok.
Uber mengatakan dengan mengabungkan platform bersama, ia akan membolehkan Uber memperluaskan lagi kemudahan untuk penghantaran kepada jutaan pengguna di seluruh dunia, dan pada masa yang sama menjaga kebajikan dan peluang peniaga dan penghantar.
Uber akan mengekalkan ibu pejabat Delivery Hero di Jerman sehingga sekurang-kurangnya 2029 sebelum melakukan sebarang perubahan.
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh FoodPanda Malaysia berkenaan dengan pengambil-alihan ini. Jenama dan operasi FoodPanda dijangka akan kekal seperti sebelum ini, sehingga sebarang pengumuman lanjutan dilakukan oleh Uber.





