UCL: Arteta tegur Arsenal hampir tercicir mata

WorldFootball
6 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Arteta tegur Arsenal hampir tercicir mata

PRAGUE – Mikel Arteta mengingatkan pemain Arsenal supaya tidak mengulangi kesilapan sama selepas kemenangan 2-1 ke atas Slavia Prague dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) hampir bertukar menjadi detik mencemaskan buat pasukannya awal pagi semalam.

Arsenal memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila Noni Madueke membuka jaringan sebelum Viktor Gyokeres menambah gol kedua pada babak pertama, namun prestasi mereka merosot selepas rehat sehingga memberi ruang kepada tuan rumah untuk bangkit.

Pengendali Arsenal itu mengakui pasukannya mempamerkan dua aksi berbeza dalam perlawanan tersebut dengan persembahan berkualiti pada separuh masa pertama gagal diteruskan selepas rehat.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini kerana bukan mudah untuk menang di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara. Pada separuh masa pertama, kami menunjukkan standard yang luar biasa, kualiti tinggi dan tempo permainan yang pantas,” katanya.

Bagaimanapun, Arteta berkata, kegagalan Arsenal menambah jaringan lebih awal memberi peluang kepada Slavia untuk bangkit, terutama apabila pemainnya mula mengabaikan struktur permainan dan melakukan kesilapan asas.

Arsenal kemudian terpaksa bertahan dalam tekanan hebat pada penghujung perlawanan selepas Wiktor Nowak merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-90, sekali gus menghidupkan peluang Slavia untuk mencipta kebangkitan.

Kemenangan itu menyaksikan The Gunners melanjutkan rekod tanpa kalah di tempat lawan dalam UCL kepada 10 perlawanan, pencapaian terbaik dalam sejarah kelab, meskipun Arteta menegaskan masih banyak aspek perlu diperbaiki. – AGENSI

 

The post UCL: Arteta tegur Arsenal hampir tercicir mata appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved