UCL: Carrick sudah tiada pilihan

Football
21 Oct 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Carrick sudah tiada pilihan

MANCHESTER – Manchester United berdepan tekanan menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Como selepas gagal menang dalam enam perlawanan berturut-turut, namun Michael Carrick dijangka terus diberi peluang untuk memperbaiki prestasi pasukan.

Keputusan seri 1-1 menentang Leeds United dalam aksi liga Ahad lalu menyaksikan kemarau kemenangan The Red Devils berterusan, sekali gus menambah persoalan mengenai kemampuan Carrick untuk mengembalikan prestasi kelab gergasi England itu.

Malah, United hanya mencatat dua kemenangan daripada 10 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, selain timbul spekulasi bahawa bekas pengendali, Antonio Conte bersedia mengambil alih tugas Carrick sebelum musim berakhir.

Bagaimanapun, laporan menyatakan Carrick masih mendapat sokongan dalam bilik persalinan, dengan beberapa pemain percaya pengendali itu wajar diberikan lebih masa untuk mengubah nasib pasukan.

Pertahanan Argentina, Lisandro Martinez sebelum ini turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Carrick selepas kekalahan kepada Atletico Madrid dalam saingan UCL, manakala laporan menyatakan sentimen sama turut dikongsi beberapa pemain senior United.

Namun, Como bukan lawan yang boleh dipandang ringan apabila skuad kendalian Cesc Fabregas itu hadir dengan keyakinan selepas menewaskan Fiorentina 3-1 di tempat lawan pada Ahad lalu.

Kedua-dua pasukan mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan pertama UCL dengan perbezaan jaringan sama, tetapi Como memiliki kelebihan dari segi jumlah gol selepas meledak enam jaringan berbanding empat milik United, sekali gus menjadikan pertembungan itu ujian penting buat Carrick dan anak buahnya. – AGENSI

The post UCL: Carrick sudah tiada pilihan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved