UCL: Juara Eropah anggap hanya menang nasib

Football
16 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Juara Eropah anggap hanya menang nasib

MANCHESTER – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui pasukannya bernasib baik selepas bergelut untuk menewaskan Manchester City 4-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

PSG selaku juara bertahan berjaya meraih empat gol menerusi jaringan Desire Doue, Ousmane Dembele, Vitinha dan Maghnes Akliouche, sekali gus meraih tiga mata berharga.

Menurut Enrique, pasukannya boleh tercicir mata sekiranya The Citizens memanfaatkan semua peluang yang dicipta, terutama pada separuh masa kedua.

“Kami boleh kalah dalam perlawanan ini sekiranya mereka menyempurnakan setiap peluang yang dicipta.

“Saya fikir ini perlawanan yang sangat menarik, tetapi cara mereka bermain memang luar biasa. Kami gemar beraksi dalam perlawanan seperti ini.

“Pemain tidak berhenti selepas menghasilkan satu atau dua jaringan dan saya sangat te­ruja kita dapat melakar kemenangan walaupun bernasib baik,” katanya.

Sementara itu, Akliouche berkata, kelebihan tiga gol pada babak pertama membantu PSG bertahan ketika City mening­katkan tekanan selepas waktu rehat.

“Kami memiliki kelebihan besar selepas menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama. Pada babak kedua, lawan memberikan tekanan hebat dan City terbukti pasukan yang bagus,” ujarnya. – AGENSI

The post UCL: Juara Eropah anggap hanya menang nasib appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved