Lisandro Martinez mohon maaf kritik pengurusan Manchester United

Football
16 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Lisandro Martinez mohon maaf kritik pengurusan Manchester United

Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, memohon maaf selepas tindakannya mengkritik pihak pengurusan kelab secara terbuka selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL), sebelum ini.

Dia yang tidak dapat menahan kekecewaan, berkongsikan United memerlukan pelaburan lebih besar untuk bersaing di peringkat tertinggi.

"Hari ini saya telah bertemu dengan barisan kepimpinan kelab dan pengurus, ia perbualan sangat positif.

"Kami bertukar pandangan dan berbincang secara terbuka mengenai apa yang berlaku.

 

 

 

"Semua orang tahu saya seorang yang bersemangat tinggi, kekecewaan akibat kekalahan itu mendorong saya untuk meluahkan perasaan di tempat yang tidak sesuai, untuk itu; saya ingin memohon maaf." katanya menerusi laman Instagram.

Skuad The Red Devils ketika ini berada di kedudukan ke-13 dalam carta UCL dengan mengumpul tiga mata selepas melakar satu kemenangan dan satu kali tewas.

Mereka akan meneruskan kempen UCL berdepan Como dalam perlawanan ketiga nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved