UiTM Puncak Alam anjur FSK E-Fest 2025 pamer bakat keusahawanan pelajar

LocalBusiness & Finance
26 May 2025 • 10:17 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UiTM Puncak Alam anjur FSK E-Fest 2025 pamer bakat keusahawanan pelajar

image is not available

26/05/2025 - 10:17

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 26 Mei – Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam menganjurkan FSK E-Fest 2025 selama lima hari bermula 19 hingga 23 Mei 2025, sebagai platform memupuk bakat keusahawanan dan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.

Bertemakan 'Meneroka Inovasi, Menjana Komuniti', program tersebut menghimpunkan lebih 20 vendor luar dan penyertaan aktif daripada 10 persatuan pelajar FSK, sekali gus memberi pendedahan kepada persekitaran perniagaan sebenar.

Menurut penganjur, E-Fest menjadi platform pembelajaran luar bilik kuliah yang dinamik dan komprehensif merangkumi elemen keusahawanan, kesihatan, serta kelestarian alam sekitar.

"Pelajar bukan sahaja belajar mengurus jualan dan operasi, malah turut menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma seperti pemeriksaan mata, penentuan kumpulan darah, kaunseling pemakanan, saringan fungsi tangan serta kempen kesedaran kitar semula," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Pendedahan langsung itu bukan sahaja memberi peluang pelajar menjana pendapatan melalui model mikroperniagaan, bahkan mengasah kecekapan dalam pengurusan acara, komunikasi pelanggan, dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti.

Kerjasama strategik bersama pihak industri dan sokongan berterusan daripada fakulti membuka peluang jaringan lebih luas kepada pelajar.

FSK E-Fest turut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kampus dan masyarakat sekitar, mencerminkan potensi mahasiswa sebagai pemacu ekonomi komuniti.

Program itu dilihat sebagai titik mula dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja berkemahiran tinggi dalam bidang akademik, malah bersedia memimpin masyarakat dengan inisiatif berasaskan nilai sosial dan lestari.

image is not available

Penganjur berharap E-Fest dapat diteruskan sebagai acara tahunan, sekaligus menjadi tradisi fakulti dalam membina generasi profesional yang holistik dan berdaya saing.

FSK menyasarkan untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan mahasiswa dengan menjadikan FSK E-Fest sebagai acara berimpak tinggi dalam kalendar akademik UiTM.- DagangNews.com

standard