Ulang tahun kelahiran TYT:  Orang ramai dijemput ke majlis hari ini

27 Mar 2026 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-75 hari ini (Jumaat).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Awang Juri Awang Tahir berkata majlis tersebut akan diadakan di Masjid Negeri Sabah bermula 11.40 pagi.

“Program akan dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti dengan tahlil serta doa kesyukuran, seterusnya jemaah akan menunaikan solat Jumaat dan solat hajat secara berjemaah.

“Doa selamat dan solat hajat merupakan antara amalan yang sering dilakukan apabila kita memohon keberkatan, perlindungan serta kesejahteraan daripada Allah SWT.

“Dalam konteks ini, ia adalah satu manifestasi doa rakyat kepada pemimpin negeri agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta terus memimpin dengan hikmah,” katanya kepada media selepas ditemubual di Sabah FM, Khamis.

Awang Juri, yang juga pengerusi jawatankuasa program tersebut, memaklumkan Tun Musa akan menyertai program bersama-sama pemimpin negeri.

Menurut Awang Juri, majlis sama turut dilaksanakan di peringkat daerah pada malam Khamis dengan pengisian bacaan Yasin, doa selamat dan juga solat hajat selepas solat fardhu Isyak.

“Kita berharap majlis ini dapat memberi impak dari segi pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan masyarakat, selain menyemai rasa kesyukuran dan kebersamaan,” ujarnya.

Tambahnya, keseluruhan pengisian program dirangka agar majlis berlangsung dalam suasana yang tenang, tertib dan penuh penghayatan selari dengan tujuan utama penganjurannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved