
PUBG Mobile x Krispy Kreme: Sempena Raya & Ulang Tahun Ke-8
Sempena Hari Raya ini, PUBG MOBILE meraikan Ulang Tahun Ke-8 dengan sentuhan penuh rasa melalui kolaborasi bersama Krispy Kreme untuk melancarkan siri donut bertema edisi terhad. Kerjasama unik ini menggabungkan keterujaan permainan mudah alih tersohor dunia dengan kemanisan juadah perayaan.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, pelanggan juga bakal menerima pek pelekat kolaborasi eksklusif dengan setiap pembelian sebagai cenderahati kenang-kenangan buat peminat.
“PUBG MOBILE sentiasa menekankan kepentingan mengumpulkan pemain dan mencipta pengalaman yang indah serta berkesan, baik dalam permainan mahupun secara luar talian. Sempena Hari Raya ini, kami ingin mengejutkan peminat dengan sesuatu yang manis, menyeronokkan, dan interaktif."
"Dengan kerjasama bersama Krispy Kreme, kami dapat menggabungkan keasyikan PUBG MOBILE dengan juadah perayaan, memberi peminat cara unik untuk merayakan sambil berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan rakan,” kata Ashley Phuah, Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia.
Sempena keraian Hari Raya ini, kolaborasi tersebut akan dimeriahkan lagi dengan aktivasi khas di IOI City Mall pada 28 Mac 2026, dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Acara ini mengubah aktiviti membeli-belah dan menjamu selera menjadi pengembaraan penuh permainan dan perayaan.
Pengunjung berpeluang bertemu dengan "cosplayer" kegemaran secara langsung dan berpeluang untuk bermain perlawanan bersama mereka di lokasi.

Masuki dunia di mana donut bertemu dengan battle royale. Aktivasi ini menampilkan penjenamaan kedai yang menarik, termasuk pelekat hiasan pada rak pameran, meja, dan panel pagar.
Selain donut, kolaborasi ini turut memperkenalkan kotak bertema edisi terhad dan beg kertas kolaborasi eksklusif, menjadikan setiap pembelian lebih bermakna sebagai koleksi buat peminat kedua-dua jenama.
Sebagai persediaan ke acara kemuncak, peminat boleh menantikan acara berskala lebih besar di Sunway Pyramid pada awal April.
Sementara itu, mereka boleh mengunjungi kiosk Sunway Pyramid untuk mendapatkan donut kolaborasi dan pembungkusan eksklusif bagi memastikan keterujaan berterusan sehingga acara besar tersebut bermula. Selain itu, keraian ini turut diperluas ke Sabah dan Sarawak, memastikan peminat di seluruh Malaysia dapat turut serta.
Jangan lepaskan peluang ini! Datang ke IOI City Mall pada 28 Mac 2026 untuk merasai aktivasi PUBG MOBILE x Krispy Kreme, di mana battle royale bertemu donut, dan setiap peminat pulang dengan senyuman manis.




