
LAHAD DATU: Seekor ular sawa seberat 80 kilogram (kg) ditangkap anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu selepas reptilia itu ditemukan di dalam bilik air sebuah rumah di Taman Aman Jaya, di sini pada Jumaat.
Ketua BBP Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.06 malam susulan penemuan ular berkenaan sebelum menggerakkan lima anggota ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba enam minit kemudian dan mendapati ular sawa itu berada berhampiran tingkap bilik air seperti dilaporkan pemanggil.
“Pasukan segera menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas,” katanya, menambah ular itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.
Operasi tamat pada 11.34 malam selepas pasukan bomba memastikan keadaan selamat dan tiada lagi ancaman.





![[VIDEO] Harimau kumbang 50kg masuk perangkap di Rembau](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-05-at-2.25.45-PM-768x1024.jpeg)
