Ular sawa belit transformer, penduduk taman bergelap

5 Nov 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ular sawa belit transformer, penduduk taman bergelap

JAKARTA – Penduduk di sekitar Jalan Tole Iskandar, Kota Depok, wilayah Jawa Barat dikejutkan dengan insiden  seekor ular sawa sepanjang 2 meter melilit sebuah transformer elektrik sehingga mencetuskan litar pintas, lapor saluran berita Lambe Turah.

Kejadian  kira-kira pukul 12.25 tengah malam (waktu tempatan) semalam itu menyebabkan bekalan elektrik terputus hampir sejam dengan  kawasan sekitar bergelap seketika.

Ketua Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (DPKP) Kota Depok, Tessy Haryati berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk.

“Pihak kami menerima laporan  bahawa seekor ular sawa berada di atas transformer yang mengakibatkan litar pintas serta gangguan bekalan elektrik,” katanya ketika dihubungi media tempatan.

Susulan insiden itu, seramai empat anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi membantu tiga petugas syarikat utiliti elektrik tempatan (PLN) menangkap reptilia itu.

Operasi pemindahan dilakukan dalam tempoh singkat tanpa sebarang kesulitan dan reptilia itu dialihkan dengan selamat dari atas transformer.

Bekalan elektrik di kawasan kejiranan tersebut dilaporkan pulih sepenuhnya tidak lama kemudian. – AGENSI

 

The post Ular sawa belit transformer, penduduk taman bergelap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved