Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

TechnologyDigital
17 Aug 2026 • 5:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Vivo Y31s 2026 ialah telefon pertengahan yang memberi tumpuan pada bateri 6,500mAh dan binaan lasak untuk kegunaan jangka panjang. Ia sesuai bagi mereka yang mahukan ketahanan dan penggunaan harian yang stabil. Walaupun kurang berkuasa untuk permainan berat atau kamera premium, ia masih menawarkan pengalaman asas yang boleh diharap. agi mereka yang lebih mementingkan bateri tahan lama berbanding ciri mewah, peranti ini boleh dianggap sebagai pilihan sesuai. Ini ulasan penuh untuk Vivo Y31s 2026. Ini ulasan penuh untuk Vivo Y31s 2026.


Spesifikasi

Vivo Y31s 5G
SkrinLCD 6.72″ 120Hz
2408 × 1080 piksel 393 PPI
83% NTSC
PemprosesSnapdragon 4 Gen 2 (4 nm)
Cip2 x 2.2 GHz Cortex-A75
6 x 1.95 GHz Cortex-A55
Cip GrafikMali-G57 MC2
RAM8GB RAM
LPDDR4X
RAM Maya (+8B RAM)
Muatan Dalaman256GB ROM
UFS 3.1
Kamera Utama50 MP (f/1.8)
0.08 MP (f/3.0)
Kamera Depan32 MP f/2.4
Bateri6500 mAh (TYP)
Berwayar 44W
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirIP68/IP69
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM1,199 (6/256GB)
RM1,699 (8/256GB)

Pengalaman Penggunaan

Apabila dipegang, perkara pertama yang terasa ialah rekaannya yang agak biasa seakan mengingatkan kepada telefon keluaran sekitar tahun 2021. Gayanya memberi imej lama yang kurang segar berbanding pesaing dalam kelas yang sama. Walaupun Vivo menekankan bahawa telefon ini direka nipis, hakikatnya ia masih terasa sedikit tebal di tangan dan tidak memberikan rasa premium.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Bonggol kamera yang agak timbul digabungkan dengan panel belakang plastik. Gabungan menjadikan keseluruhan binaan kelihatan sederhana. Dari sudut ergonomik, rekaan ini tetap memberi kelebihan kerana telefon terasa tegap di tangan. Ia juga tidak mudah tergelincir ketika digunakan. Namun, kelebihan tersebut hadir bersama kompromi kecil pada aspek estetik. Akibatnya, penampilannya kelihatan kurang menarik perhatian.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Meskipun begitu, telefon ini masih kelihatan kemas dari segi olahan kemasan. Terutamanya, varian warna Midnight KL Purple menambah sisi menarik dengan tona ungu lembut yang memberi sentuhan moden. Apabila terkena cahaya, warna mula berubah menjadi lebih terang. Pada sudut tertentu pula, kilauan kebiruan muncul dan menimbulkan ilusi seolah-olah terdapat lapisan warna berbeza. Kesan tersebut menjadikan telefon bukan sahaja kelihatan lebih hidup, malah mempunyai pesona rupa yang sedap dipandang.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Vivo Y31s (2026) hadir dengan skrin LCD 6.72 inci beresolusi HD+ serta nisbah skrin-ke-badan 84%. Paparan ini cukup besar untuk menonton video, membaca dan bermain permainan mudah alih. Namun, penggunaan panel LCD menyebabkan warna dan kontras tidak setajam AMOLED, menjadikan pengalaman tontonan sekadar memadai berbanding peranti premium. Reka bentuk skrin juga kelihatan ketinggalan dengan bezel yang masih jelas, khususnya di bahagian bawah yang membentuk dagu. Hal ini menjejaskan penampilan moden kerana kebanyakan pesaing pada tahun 2026 sudah menawarkan paparan hampir tanpa bezel.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Dari segi susun atur, butang kuasa dan pelaras audio berada di sebelah kanan. Port USB-C dan pembesar suara pula ditempatkan di bahagian bawah, manakala dulang SIM berada di bahagian kiri. Untuk tujuan keselamatan, telefon ini menggunakan sensor cap jari sisi yang diletakkan pada butang kuasa. Dari aspek audio pula, ia hadir dengan sistem stereo yang menghasilkan bunyi jelas dan seimbang untuk kegunaan harian serta hiburan ringan. Namun begitu, jika mahukan pengalaman audio yang lebih mantap dengan bass berlapis, penggunaan fon telinga atau pembesar suara tambahan tetap menjadi pilihan terbaik


Perkakasan Dalaman – Cip Snapdragon 4 Gen 2

Vivo Y31s 2026 hadir dengan cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM, dan storan dalaman 256GB. Spesifikasi ini memadai untuk kegunaan harian serta menyimpan gambar dan video. Pada tahun 2026, kapasiti ini masih relevan untuk tugas sederhana dan aplikasi harian. Namun, bagi tugasan intensif seperti permainan berat, suntingan video, atau membuka banyak aplikasi serentak, memori 8GB RAM mula terasa terbatas berbanding peranti dengan 12GB atau 16GB RAM.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Dalam penggunaan dunia nyata, prestasi lebih tertumpu pada asas. Animasi kadang kala tidak lancar, teks sesekali tersangkut, dan gerakan skrin kurang responsif. Untuk mesej, muzik, main balik video atau media sosial, ia masih memadai. Tetapi apabila digunakan untuk permainan berat atau multi-tugas, kelancaran jelas menurun. Keadaan ini menunjukkan cip Snapdragon 4 Gen 2 direka untuk telefon mampu milik dengan penekanan pada penjimatan bateri dan sokongan 5G.

  • Realme P4 Power – Mediatek Dimensity 7400 Ultra
  • Vivo V70 FE – Mediatek 7360-Turbo (4nm)
  • Samsung Galaxy A37 5G – Exynos 1480 (4nm)
  • Infinix Note Edge – Dimensity 7100 (6nm)
  • Honor 600 Lite – Dimensity 7100 Elite (6nm)
  • Nothing Phone (3a) – Snapdragon 7s Gen 3 (4nm)
  • Samsung Galaxy A57 5G – Exynos 1680 (4nm)

Antutu 3D

PerantiSkor
Vivo Y31s 5G636,064
Realme P4 Power1,011,190
vivo V70 FE940,342
Samsung Galaxy A37 5G1,059,377
Infinix Note Edge805,806
Honor 600 Lite726,401
Nothing Phone (3a)803,992
Samsung Galaxy A57 5G1,373,996

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Vivo Y31s 5G9192122
Realme P4 Power10432890
vivo V70 FE10212941
Samsung Galaxy A37 5G11383489
Infinix Note Edge9722827
Honor 600 Lite8672660
Nothing Phone (3a)11463123
Samsung Galaxy A57 5G12384410

3DMark Wildlife Extreme

PerantiSkor
Vivo Y31s 5GN/A
Realme P4 Power1021
vivo V70 FE870
Samsung Galaxy A37 5G1042
Infinix Note Edge692
Honor 600 Lite640
Nothing Phone (3a)1043
Samsung Galaxy A57 5G1713

OriginOS 6 pada Vivo Y31s 2026 memberikan pengalaman yang hampir sama dengan peranti Vivo sebelum ini. Antaramuka yang digunakan mudah difahami kerana susunannya tidak banyak berubah. Namun, pada masa yang sama ia kurang memberikan rasa segar. Hal ini kerana coraknya masih konsisten, dan saya sudah beberapa kali mengulas peranti Vivo sejak kebelakangan ini dengan pengalaman yang serupa.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Fungsi seperti ikon yang boleh ditukar antara bentuk bulat atau petak, pilihan warna folder serta kebolehan menyusun aplikasi dengan menggoyangkan peranti memang berguna. Namun, ia tidak membawa perubahan besar. Bahagian media hadir dengan pelaras audio sehingga 400%, tetapi fungsi ini lebih bersifat gimik kerana hanya menjadikan bunyi lebih lantang tanpa meningkatkan kualiti sebenar. Apabila dinaikkan ke tahap maksimum, bunyi cenderung pecah dan kurang selesa didengar.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Bahagian galeri menyediakan fungsi berasaskan kecerdasan buatan seperti AI Erase, AI UHD dan AI Retouch. Fungsi ini membantu untuk suntingan pantas, tetapi hasilnya tidak selalu konsisten dan prosesnya agak perlahan pada peranti dengan spesifikasi sederhana. Selain itu, pilihan membuka aplikasi terus daripada folder besar memang memudahkan penggunaan, walaupun bukanlah sesuatu yang baharu.


Kualiti Hasil Gambar

Sepanjang penggunaan kamera Vivo Y31s (2026), pengalaman ditawarkan boleh dianggap sederhana. Sistem auto fokus kadangkala kurang responsif, terutama ketika merakam subjek bergerak pantas, sehingga hasil gambar sering kurang tajam dan tidak sesuai untuk aksi segera. Meskipun begitu, kualiti yang dihasilkan masih memadai untuk kegunaan harian seperti merakam gambar untuk dikongsi atau menyimpan memori harian. Hal ini sejajar dengan matlamat siri Vivo Y31s yang lebih menekankan fungsi harian berbanding prestasi fotografi profesional.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Pilihan penuras yang disediakan agak banyak, tetapi kebanyakannya asas. Ia tidak menawarkan gaya tambahan seperti Zeiss, B&W, atau Vivid yang biasanya hadir pada telefon pertengahan premium atau mercu. Akibatnya, hasil gambar kelihatan sederhana dan sekadar memadai untuk kegunaan harian. Bagi pengguna yang mahukan lebih banyak pilihan, pengalaman fotografi terasa terhad. Penuras sebenarnya boleh menjadikan gambar lebih menarik jika digunakan dengan bijak, tanpa berlebihan sehingga kelihatan tidak semula jadi.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Dalam mod potret, kelemahan kamera nampak dengan jelas apabila pemisahan subjek tidak begitu kemas khususnya apabila terdapat pencahayaan di bahagian belakang. Tona kulit kelihatan tidak sekata dan mudah menjadi terlalu cerah kerana bergantung pada keseimbangan putih persekitaran. Bokeh yang dihasilkan pula sederhana dengan kesan kabur lebih ketara apabila kamera berada dekat dengan subjek. Selain itu, pemprosesan imej selepas rakaman agak perlahan, terutama ketika menggunakan Burst Mode. Walaupun mod resolusi tinggi 50MP sedikit membantu mengurangkan kebergantungan pada zum digital, namun ia masih belum menjadi penyelesaian bagi kekurangan optik.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Secara keseluruhan, kamera telefon ini lebih sesuai digunakan untuk rakaman harian. Ia mampu memenuhi keperluan asas pengguna dalam merakam gambar untuk dikongsi di media sosial. Namun begitu, kemampuan kamera ini masih terbatas untuk memberikan pengalaman fotografi berkualiti tinggi, terutama bagi mereka yang mengutamakan hasil yang lebih mantap dan konsisten.


Ketahanan Bateri

Vivo Y31s hadir dengan bateri berkapasiti 6,500 mAh, angka besar di atas kertas yang memberi harapan kepada pengguna akan ketahanan luar biasa. Namun, pengalaman sebenar menunjukkan prestasi yang lebih seimbang. Pengecasan pula ialah sehingga 44W dengan pengecas yang diberikan dengan setiap pembelian.

Untuk penggunaan ringan seperti mesej, panggilan, panggilan video dan media sosial, bateri mampu bertahan hampir sehari. Dalam penggunaan sederhana, ketahanan menurun kepada sekitar 15 jam namun masih memadai untuk seharian tanpa perlu dicas. Bagi penggunaan berterusan seperti menonton video atau bermain permainan, bateri bertahan kira‑kira 8 jam. Sementara itu, penggunaan berat dengan multitugas dan aplikasi yang banyak hanya mampu bertahan sekitar 6 jam sebelum perlu dicas semula.

Angka ini membuktikan kapasiti besar memang memberi kelebihan tetapi corak penggunaan tetap menjadi faktor utama yang menentukan ketahanan sebenar. Selain itu, cip Snapdragon 4 Gen 2 yang digunakan direka untuk tugasan harian dengan kecekapan tenaga yang baik, walaupun prestasinya berada pada tahap sederhana.


Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak pembelian:

  • 1 x vivo Y31s 5G.
  • 1 x Kepala Pengecas 44W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Pin SIM
  • 1 x Manual Pengguna.

Vivo Y31s 5GRealme P4 Power 5GiQOO Z11x 5G
6.72″ IPS LCD, 120Hz
1000 nit
6.8″ AMOLED, 144Hz
HDR10+, 1800 nit
6.76″ IPS LCD, 120Hz
1200 nit
Snapdragon 4 Gen 2 (4 nm)
2 x 2.2 GHz Cortex-A75
6 x 1.95 GHz Cortex-A55
Dimensity 7400 Ultra (4 nm)
4 x 2.6 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Dimensity 7400 Turbo (4 nm)
4 x 2.6 GHz Cortex-A78
4 x 2.0 GHz Cortex-A55
Adreno 613Mali-G615 MC2Mali-G615 MC2
6/8 GB LPDDR4X12 GB LPDDR4X8 GB LPDDR4X
256 GB UFS 3.1256 GB UFS 3.1128/256 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, EIS (Sudut Lebar)
0.08 MP f/3.0 (Kedalaman)
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2 (Ultra Lebar)
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
2 MP, f/2.4 (Kedalaman)
Kamera Hadapan
32 MP f/2.45
Kamera Hadapan
16 MP f/2.4
Kamera Hadapan
32 MP f/2.5
IP69IP69 MIL-STD-810HIP69
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio MonoAudio Stereo
6500 mAh
Berwayar 44W
10001 mah
Berwayar 80W
7200 mAh
Berwayar 44W
Android 16. OriginOS 6

Kemas kini
2+4 tahun
Android 16, Realme UI 7.0

Kemas kini
3+4 tahun
Android 16, OriginOS 6

Kemas kini
2+4 tahun
Dilancarkan
Jun 2026
Dilancarkan
Mei 2026
Dilancarkan
Mei 2026
RM 1199 (6/256GB)
RM 1699 (8/256GB)
RM 1999 (12/256GB)RM 1299 (8/128GB)
RM 1599 (8/256GB)

Kesimpulan

Vivo Y31s 2026 hadir dengan bateri besar 6,500mAh serta cip Snapdragon 4 Gen 2, namun keseluruhannya ia lebih kepada telefon yang memadai. Dari segi reka bentuk, ia kelihatan agak ketinggalan dengan bezel tebal dan bonggol kamera plastik yang kurang memberi rasa premium.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Prestasi cip Snapdragon 4 Gen 2 berada pada tahap sederhana sesuai untuk tugasan asas tetapi kurang lancar apabila digunakan untuk permainan berat atau multitugas. Kamera pula hanya memadai untuk rakaman harian kerana sistem auto fokus kadang‑kadang tidak konsisten dan hasil gambar sekadar sederhana. Walaupun kapasiti bateri besar memberi kelebihan, ketahanan sebenar tetap bergantung pada corak penggunaan. Cip ini membantu dari segi kecekapan tenaga, namun prestasinya tidak begitu menyerlah.

Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa

Dengan harga bermula RM1,199, Vivo Y31s 2026 menawarkan bateri besar dan storan memadai, namun spesifikasi serta pengalaman keseluruhan masih kurang meyakinkan. Telefon ini lebih sesuai untuk pengguna kasual yang mengutamakan ketahanan bateri dan penggunaan asas, tetapi bukan pilihan ideal bagi mereka yang mencari prestasi lancar atau pengalaman premium.


Kelebihan

  • Bateri besar tahan lama.
  • Storan memadai untuk kegunaan harian.
  • Memadai untuk tugasan asas.
  • Sistem audio stereo.

Kekurangan

  • Reka bentuk kurang premium.
  • Paparan LCD HD+.
  • Prestasi sederhana.
  • Kamera biasa, auto fokus lambat.
  • Nilai keseluruhan kurang ideal berbanding pesaing.
Image from: Ulasan Vivo Y31s 5G (2026) – Bateri Besar, Prestasi Biasa
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved