UMNO buat kutipan bantu Najib bayar denda RM50 juta

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 1:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMNO buat kutipan bantu Najib bayar denda RM50 juta

PETALING JAYA – UMNO mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan terhadapnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

“Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

“Pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan. Penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, seluruh ahli UMNO juga diseru agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Tuanku serta memelihara keamanan dan keharmonian negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO buat kutipan bantu Najib bayar denda RM50 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved