UMNO fokus rundingan dengan Pas, bukan PN

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 2:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UMNO fokus rundingan dengan Pas, bukan PN

KUALA LUMPUR: UMNO dijangka memberi lebih tumpuan kepada rundingan secara terus dengan kepimpinan Pas berbanding melihat kerjasama dalam konteks Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu semakin jelas berdasarkan pandangan yang disuarakan perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Beliau berkata, walaupun UMNO sebelum ini mengadakan perundingan dengan Pas dan PN dalam menghadapi pilihan raya, pandangan yang dibawa perwakilan kali ini lebih menjurus kepada rundingan bersama kepimpinan Pas.

“Kita seperti mana dalam pilihan raya-pilihan raya yang lepas, kita memang mengadakan perundingan dengan Pas dan juga Perikatan Nasional.

“Tetapi kalau kita lihat daripada perbahasan-perbahasan dan daripada perwakilan-perwakilan, wujud kecenderungan untuk kita memfokuskan kepada perundingan dengan kepimpinan Pas berbanding dengan melihat dalam konteks Perikatan Nasional itu sendiri,” katanya dalam sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2026 hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, pandangan yang dilontarkan perwakilan akan menjadi antara perkara yang dipertimbangkan kepimpinan parti dalam menentukan hala tuju rundingan.

“Dalam konteks ini, sudah tentu kepimpinan akan mengambil kira pandangan-pandangan yang dilontarkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Jawatankuasa perundingan akan dibentuk oleh kepimpinan parti,” katanya. – UTUSAN

The post UMNO fokus rundingan dengan Pas, bukan PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved