
SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan menggesa penubuhan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan adat yang berlaku di negeri ini.
Ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang diadakan semalam.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Nagoor berkata, penyelesaian itu hendaklah dilakukan secara harmoni serta mengikut tatacara adat yang sebenar.
“Ia penting bagi mengelakkan ketidaktentuan serta salah faham berterusan di kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu tidak menyatakan ia ditujukan kepada mana-mana pihak namun sudah tentu kerajaan negeri adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. – UTUSAN
The post UMNO Negeri Sembilan gesa tubuh jawatankuasa khas selesai adat appeared first on Utusan Malaysia.






