UMNO pilih berdikari! Tak bergantung ke PH atau PN, PAS apatah lagi DAP -Tok Mat

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 10:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO menegaskan parti itu tidak lagi akan menjadikan mana-mana parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas dan DAP sebagai ‘talian hayat’ untuk kelangsungan politiknya.

Parti perlu lebih berdikari

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapannya di perasmian sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) menyatakan parti itu perlu berdikari dengan membangunkan kekuatan serta strategi sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana parti lain.

“UMNO juga sangat menyedari bahawa ia tidak boleh bergantung kepada sesiapa. Tidak PH atau PN. Tidak Pas. Apatah lagi DAP.
“Hayat UMNO tidak boleh kita sandarkan pada perhitungan parti lain, atau kekuatan mereka,” katanya.

“Kita tiada talian hayat lain”

Mohamad menegaskan UMNO tidak mempunyai pilihan selain membina semula kekuatan sendiri selepas lapan tahun berada dalam ‘mod bertahan hidup’ sejak kehilangan kuasa pada 2018.

Menurutnya, UMNO akan terus meneroka segala kemungkinan, rumus dan menilai ancaman bagi memastikan parti itu terus bertahan serta berfungsi sebagai sebuah parti dan perjuangan.

“Kita tiada talian hayat lain, kecuali kebingkasan dan ketahanan sendiri.
“Justeru, tanamlah dalam fikiran kita bahawa, selagi kita bergantung pada parti lain, kita sebenarnya masih jauh dari kepulihan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengingatkan bahawa kebergantungan kepada parti lain mungkin membantu mencapai matlamat jangka pendek, namun boleh memudaratkan UMNO dalam jangka panjang.

“Jika kita bergantung kekuatan kepada orang lain, matlamat jangka pendek mungkin tercapai. Tetapi kerugian dalam waktu panjang itu, akan lebih memudaratkan UMNO.
“Pergantungan kepada orang lain, adalah formula politik yang tempang. UMNO punya harga diri dan maruah yang tiada timbal balasnya.
“UMNO tidak boleh dibeli dengan kerjasama politik bermusim,” tegasnya.

Image from: UMNO pilih berdikari! Tak bergantung ke PH atau PN, PAS apatah lagi DAP -Tok Mat

Sumber: Facebook UMNO online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved