UMNO sudah siap jentera bantu PRN Sabah - Tok Mat

LocalPolitics
26 Jul 2025 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong pada Sabtu. Foto Bernama

JERTIH - UMNO telah mempersiapkan jenteranya bagi membantu persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang dijangka diadakan pada bila-bila.

Beliau berkata, UMNO di setiap negeri sudah menerima pembahagian zon masing-masing dan jentera negeri akan bergerak

Pembahagian zon itu disusun dengan baik oleh bilik gerakan di ibu pejabat parti dan terdapat sebahagian petugas telah berada di Sabah bagi memulakan gerak kerja.

"Semalam semua ketua bahagian Kelantan berada di Sabah kerana mereka menjaga kawasan Timur Sabah. Terengganu pun akan pergi untuk menguruskan kawasan Tawau, Sandakan dan Kudat. Di Negeri Sembilan dan Melaka pula kami diberi mandat menjaga kawasan Putatan, Penampang, Sepanggar dan Kota Kinabalu,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong di sini hari ini. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved