Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya itu tidak pernah mengarahkan Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sebaliknya beliau berkata, keputusan Ismail yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUH) Juasseh itu untuk mengundurkan diri dibuat atas kehendaknya sendiri.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BM) dan Timbalan Perdana Menteri itu, Ismail tidak ada memberikan apa-apa alasan mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan, namun berkemungkinan mahu permasalahan yang berlaku di Negeri Sembilan dirungkaikan secepat mungkin.
“Peletakan jawatan itu dibuat oleh Datuk Ismail sendiri. Tidak timbul soal UMNO mengarahkan beliau berbuat demikian.
“Beliau tidak memberikan alasan. Mungkin atas rasa kesedaran bahawa beliau mahu supaya permasalahan ini dapat dirungkaikan dengan secepat yang mungkin,” kata Ahmad Zahid dipetik Harian Metro usai perasmian Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 di Putrajaya.
Istana N9 sahkan sudah terima surat peletakan jawatan tapi belum sahkan ketulenan surat terbabit
Semalam (16 Nov) Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan Ahmad Zahid telah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail yang diutuskan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Istana Negeri Sembilan dalam satu kenyataan hari ini turut mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Ismail Lasim.
Namun Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang peletakan jawatan Menteri Besar hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir jika mengikut di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).
Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan sama turut menjelaskan bahawa pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat terbabit, yang menurut Zambry sudah ditandatangani oleh Ismail.
Mesej perkenan menghadap sudah dihantar 80 minit sebelum Zambru muat naik kenyataan
“Adalah dimaklumkan Setiausaha Sulit (Tuanku Muhriz) kemudian menyampaikan kepada Ismail melalui aplikasi WhatsApp, pada 8.38 malam, perkenan untuk beliau menghadap seperti yang dimohon dan perkara ini diakui diterima beliau.
“Majlis Menghadap tersebut ditetapkan pada 10 pagi, Jumaat ini (20 November),” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Tambnya perkenan menghadap tersebut telah diberikan 80 lebih awal sebelum Zambry memuat naik kenyataan tersebut di media sosial.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Peletakan Jawatan MB Perlu Perkenan Tuanku Muhriz, Istana Belum Sahkan Ketulenan Surat – Istana Negeri Sembilan







