‘Uncle Anwar’ balas surat murid, kirim sumbangan Hari Usahawan Cilik

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 5:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Uncle Anwar’ balas surat murid, kirim sumbangan Hari Usahawan Cilik

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas surat seorang murid yang menjemput beliau menghadiri Hari Usahawan Cilik di Al Sakeenah Learning Centre, semalam.

Anwar berkata, beliau berharap kehadiran wakilnya, Raimi Ab Rahim, dapat menceriakan program berkenaan.

“Terima kasih atas suratnya. Saya harap kehadiran saudara Raimi Ab Rahim yang mewakili saya dapat menceriakan Hari Usahawan Cilik As Sakeenah semalam.

“Semoga sumbangan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sampaikan salam saya kepada ibu dan ayah ya,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan jemputan seorang murid kepada Anwar untuk menghadiri program tersebut tidak dapat dipenuhi secara langsung kerana beliau kini berada di Brunei.

Bagaimanapun, Anwar tetap memastikan jemputan itu tidak berlalu begitu sahaja apabila menghantar Raimi bagi mewakili beliau untuk menyampaikan sumbangan serta salam kepada anak-anak taska berkenaan.

Sementara itu, seorang guru taska berkenaan, Aqilkmzmn berkongsi mesej seorang murid di aplikasi Threads yang menjemput Perdana Menteri menghadiri program berkenaan.

Mesej tersebut menarik perhatian apabila murid terbabit menggunakan panggilan mesra ‘Uncle Anwar’ ketika menulis jemputan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Uncle Anwar’ balas surat murid, kirim sumbangan Hari Usahawan Cilik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved