
Pelakon Ungku Ismail berkongsi kisah gembira dengan kehadiran cahaya mata pertamanya bersama isteri, Nad Zainal.
Menerusi kemas kini terkini di Instagram, dramatis itu meluahkan rasa bersyukur kepada Allah SWT, selain ucapan terima kasih kepada isteri yang telah melahirkan zuriatnya.
“Cinta tak semestinya selalu berwarna merah, kadang-kala ia berona putih.
“Selamat datang anak lelaki ku, ke dunia yang merupakan tempat yang penuh kepayahan. Tetapi di mana kamu berdiri menerusi perspektif Tuhan, menentukan kegembiraan kamu.
“Ahmadullahu wash kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil 'Adzeem and thank you my love @nad.zainal,” tulisnya.


