Unifi TV Kini Dibuka Kepada Semua, Bukan Hanya Pelanggan Unifi – Tawar 30 Hari Penstriman Percuma

EntertainmentTechnology
13 Sep 2025 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan Unifi TV 2.0, sekaligus membuka akses perkhidmatan penstriman berkenaan kepada semua pengguna seluruh Malaysia, dan tidak terhad kepada pelanggan Unifi sahaja seperti sebelum ini.

image is not available

Menariknya mengenai Unifi TV ini adalah ia bukan terhad kepada kandungan yang ditawarkan oleh mereka sahaja, tetapi turut mengintegrasikan 15 perkhidmatan penstriman didalamnya, sekaligus memudahkan anda menguruskan langganan dan juga menonton rancangan kegemaran anda.

image is not available

Antara perkhimatan penstriman yang diintegrasikan adalah termasuk Disney+ Hotstar, HBO Max, Viu, SPOTV, dan beIN Sports dan banyak lagi. Sempena dengan pelancaran ini juga, Unifi TV menawarkan akses percuma selama 30 hari kepada semua, termasuk untuk aplikasi penstriman di dalam Unifi TV ini. Pengguna turut boleh mengakses beberapa saluran secara langsung menggunakan Unifi TV ini.

image is not available

Dari segi harga, akses Unifi TV bersama 36 saluran ditawarkan pada harga RM8 sebulan. Sementara bersama aplikasi seperti HBO Max ditawarkan pada harga RM21 sebulan, dan meningkat mengikut pilihan pengguna.

image is not available

Daripada percubaan kami sendiri, aplikasi Unifi TV tidak menyertakan akses kepada langganan dan sebagainya, dan pengguna perlu melakukan melalui web, serta melalui beberapa langkah yang dilihat masih belum lancar buat masa ini. Perkara ini mungkin ditambah-baik dalam kemaskini akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman UnifiTV hari ini, atau memuat-turun Unifi TV 2.0 melalui Google Play Store atau Apple App Store hari ini.