United Asiapac Energy raih dua kontrak PETRONAS Carigali bagi perkhidmatan pemulihan telaga di Sabah dan Sarawak

LocalBusiness & Finance
16 Nov 2026 • 1:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

United Asiapac Energy raih dua kontrak PETRONAS Carigali bagi perkhidmatan pemulihan telaga di Sabah dan Sarawak Image from: United Asiapac Energy raih dua kontrak PETRONAS Carigali bagi perkhidmatan pemulihan telaga di Sabah dan Sarawak hamden16/11/2026 - 13:28 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 Nov – United Asiapac Energy Berhad menerusi anak syarikat dan syarikat bersekutunya memperoleh dua kontrak daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd bagi menyediakan perkhidmatan fishing dan pemulihan telaga di Sarawak serta Sabah.

 

Dua surat anugerah (LOA) bertarikh 4 September 2026 itu diterima pada 7 September 2026 oleh anak syarikat milik penuhnya, Asiapac Oil & Gas Sdn Bhd (Asiapac) dan syarikat bersekutu 30% miliknya, Asiapac Oil & Gas (Sabah) Sdn Bhd (Asiapac Sabah).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, United Asiapac Energy berkata, LOA bagi wilayah Sarawak dianugerahkan kepada Asiapac, manakala kontrak bagi wilayah Sabah dianugerahkan kepada Asiapac dan Asiapac Sabah.

 

Kedua-dua kontrak berkuat kuasa pada 16 Oktober 2026 untuk tempoh utama selama tiga tahun sehingga 15 Oktober 2029, dengan pilihan lanjutan selama tiga tahun lagi, tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.

 

Kontrak itu meliputi perkhidmatan fishing dan pemulihan telaga bagi aktiviti penggerudian penerokaan dan penilaian, penggerudian pembangunan, kerja baik pulih telaga serta penutupan dan penamatan telaga (P&A).

 

Skop perkhidmatan turut merangkumi kerja pemotongan dan penarikan, casing exit atau whipstock, pengisaran bahagian telaga, mobilisasi, demobilisasi serta khidmat sokongan, termasuk penyediaan peralatan dan tenaga kerja berkelayakan.

 

Kedua-dua kontrak rasmi bagi wilayah Sarawak dan Sabah kemudiannya dimeterai oleh pihak terlibat pada 19 Oktober 2026.

 

Kontrak berdasarkan keperluan panggilan tugas

United Asiapac Energy menjelaskan, kontrak berkenaan dilaksanakan berdasarkan keperluan panggilan tugas (call-out), dengan kerja dilakukan apabila diperlukan menerusi pesanan pembelian yang dikeluarkan PETRONAS Carigali dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi.

 

Menurut kumpulan itu, penganugerahan kontrak berkenaan selaras dengan strategi perniagaannya untuk memperkukuh kedudukan dalam penyelesaian intervensi telaga di Sarawak serta mengembangkan operasi di Sabah.

 

Di Sarawak, kumpulan berhasrat memperkukuh kedudukannya dalam bidang berkenaan menerusi peluang daripada aktiviti penerokaan dan pembangunan serta proses kematangan medan hidrokarbon sedia ada.

 

Di Sabah pula, kumpulan menyasarkan peluasan penyediaan penyelesaian intervensi telaga secara menyeluruh menerusi operasi sedia ada dan kerjasama dengan Asiapac Sabah.

 

Lembaga Pengarah berpandangan kontrak itu akan memperkukuh rekod prestasi serta kedudukan pasaran kumpulan dalam penyediaan penyelesaian intervensi telaga di Malaysia, selain menyokong keperluan perkhidmatan Petronas Carigali sepanjang tempoh kontrak.

 

Sehubungan itu, kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan, tertakluk kepada skop serta jumlah kerja sebenar, pesanan kerja atau pembelian yang dikeluarkan, kadar kontrak dan tempoh pelaksanaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved